Segamat: Sejak dua bulan lalu, seorang mualaf tidak lagi keluar berniaga untuk menyara keluarga, sebaliknya tugasnya beralih kepada menjaga isteri yang menghidap barah usus tahap tiga.
Muzzafar Abdullah, 48, berkata, mereka kini hanya bergantung kepada bantuan bulanan RM300 daripada Baitulmal, memandangkan kedai makan yang diusahakan sukar beroperasi tanpa bantuan si isteri.
Katanya, isterinya, Maisarah Abdullah, 46, yang juga mualaf menghidap penyakit bawa maut itu, tiga tahun lalu selepas menghadapi komplikasi kencing manis dan darah tinggi.
“Pada 3 Mei lalu, doktor sahkan usus besar dan hati Maisarah membengkak, malah keadaannya bertambah kritikal serta perlu menjalani pembedahan yang sepatutnya berlangsung 16 Mei lalu.
“Namun, pakar di Hospital Segamat menunda tarikh itu kepada 28 Mei. Saya bimbang keadaan isteri dan berharap ia dapat disegerakan.
“Lagipun kami tidak mampu ke hospital swasta yang mana kos rawatannya lebih tinggi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Bukit Siput, semalam.
Meskipun sedar tanggungjawab mencari nafkah, Muzzafar tidak tergamak untuk meninggalkan isterinya yang hanya terlantar di atas katil dan tidak mampu menguruskan diri.
Katanya, wanita kesayangannya itu juga terpaksa memakai lampin pakai buang dan bergantung kepada ubat-ubatan hospital.
Menurutnya, orang ramai yang mahu menghulurkan sumbangan boleh menyalurkannya ke akaun Maybank 162393798201 atas nama Muzzafar atau menghubunginya di talian 01112137131.
“Ikutkan pendapatan kami terjejas disebabkan hampir dua bulan tidak dapat berniaga tetapi isteri lebih penting daripada segala-galanya,” katanya.
Wednesday, May 23, 2018
Home »
Berita Semasa
» Tak Niaga Kerana Tak Tergamak Tinggal Isteri Sakit
Tak Niaga Kerana Tak Tergamak Tinggal Isteri Sakit
Johari Seman
4:35:00 AM
POPULAR POST
-
DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN Latarbelakang Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran di kalangan pemimpin dan rakyat ...
-
BERCINTA dalam usia terlalu muda akan mengundang pelbagai musibah terutama kepada mereka yang taksub sehingga hilang komitmen terhadap p...
-
Jenayah rogol dan penderaan seksual semakin serius di negara ini. Menurut Biro Rekod Jenayah Kebangsaan(NCRB), jenayah seksual terhadap...
-
Gambar Hiasan KUALA LUMPUR: Jumlah keseluruhan nilai barangan dirampas di kediaman berkaitan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Raz...
-
Hakim putuskan polis silap, perintah serah semula kapal layar mewah kepada pemilik Ratmoho membaca keputusan penghakiman di Mahkamah Dae...
-
Semalam, tersebarnya aduan seorang pegawai Angkatan Tentera Malaysia yang tidak berpuas hati dengan arahan pegawai kanan ATM yang didakwa ...
-
DASAR EKONOMI NEGARA Sebelum 1970, polisi pembangunan Malaysia disasarkan terutamanya untuk menggalakkan perkembangan dengan penekanan yang...
-
NEGARA JIRAN-Seorang pelajar sekolah pondok berusia 15 tahun di rogol bergilir-gilir selama tiga hari di sebua rumah usang disebuah k...
-
TANAH MERAH - Kerja pembersihan tangki kumbahan Masjid Ismail Petra, di sini, yang tersumbat dikejutkan dengan penemuan beberapa barang bu...
-
Pendapatan RM4,296,99 sen sepatutnya bayaran PTPTN tidak tertangguh sebagaiman yang terjadi kepada seorang hamba Allah yang sedang viral ...

0 comments :
AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,