Wednesday, March 2, 2016

Anugerah Bisnes Utusan Iktiraf Syarikat Beretika

Johari Seman     10:33:00 AM    

Kuala lumpur - Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah menitahkan agar pelbagai agensi di negara ini dengan tegas tanpa rasa gentar dan pilih kasih.

Baginda bertitah, kegagalan memerangi gejala rasuah secara se- rius dikhuatiri bakal melumpuhkan negara dan seluruh rakyat.

"Warga perlu diasuh dengan budaya yang benci rasuah dan me- nolak pemimpin yang melakukan- nya sekali gus mendidik rakyat memandang perbuatan itu dengan rasa amat jijik," titah baginda ke- tika berkenan merasmikan Majlis Anugerah Bisnes Utusan 2015 di Pusat Kon- vensyen Kuala Lumpur di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri,
Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; ibu Perdana Menteri, Tun Rahah Mo­hammad Noah; Menteri Perdaga- ngan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Pengerusi Bukan Ek- sekutif Utusan Melayu, Datuk Mo­hamad Fatmi Che Salleh.


Turut hadir Pengarah Urusan Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Noordin Abbas dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak.

Sultan Nazrin bertitah, Kum­pulan Utusan perlu memainkan peranan aktif dalam membantu membina sebuah pentadbiran dan negara bangsa yang sifar rasuah melalui bahan penerbitannya.

"Anugerah Bisnes Utusan diperkenalkan dalam persekitaran dunia perniagaan dan keusahawanan yang bukan sahaja semakin kompleks dan mencabar tetapi semakin dicemarkan dengan pelbagai skandal salah laku urus niaga," tegas baginda.

Untuk itu, Sultan Nazrin mahu Anugerah Bisnes Utusan memiliki falsafah, identiti dan mengandungi makna tersendiri sekali gus meletakkannya sebagai anugerah yang berlandaskan nilai-nilai murni.

Titah baginda, anugerah itu diharap dapat berperanan sebagai penanda aras dan mendorong syarikat-syarikat menjunjuilg prinsip perniagaan beretika dan bermoral tinggi seperti memberi perhatian kepada alam sekitar, kebajikan pekerja dan tanggungjawab sosial kepada masyarakat.

Sementara itu, Mohd. Noordin berkata, sudah tiba masanya bagi Kumpulan Utusan mengorak langkah setapak lagi untuk mengukuhkan pengaruh di bidang lain selain media cetak.

"Anugerah Bisnes Utusan akan menjadi titik permulaan membentang landasan bagi Kumpulan Utusan menyebarkan sayap ke arah pencapaian lebih tinggi," katanya.

Dalam pada itu, pada majlis tersebut, Perdana Menteri kedua, Al- lahyarham Tun Abdul Razak Hus­sein dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Negarawan Ulung.

Sultan Nazrin Shah telah berkenan menyampaikan anugerah itu kepada balu Allahyarham, Tun Rahah.

Anugerah Bisnes Utusan terbahagi kepada 31 kategori yang dijadikan landasan untuk mengiktiraf pencapaian pemain industri nienerusj menempuh polbagai cabarain hingga men­jadi entiti berjaya.

Ia dianjurkan buaU julung-julung kalinya untuik mengiktiraf syarikat dan individui atas pencapaian dan sumbangan .hagi industri masingmasing dalam membangunkan ekonomi negara.

Anugerah tersebut dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu Anugerah Kecemerlangan Indus­tri, Anugerah Kecemerlangan Kepimpinan dan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat.



Anugerah Sepanjang Hayat
• Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Bhd.,Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman
• Presiden Limkokwing University of Creative Technology, Tan Sri Dr. Lim Kok Wing
• Pengerusi Eksekutif Westports Malaysia, Tan Sri G. Gnanalingam
Anugerah Kecemerlangan Industri
• Sektor Pengangkutan: Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana (M) Bhd., Datuk Azmi Abdul Aziz
• Sektor Latihan dan Pembangunan: Ketua Pegawai Eksekutif Pembangunan Sumber Manusia Bhd., Datuk J. CM Vignaesvaran
• Sektor Telekomunikasi: Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Telekom (M) Bhd., Tan Sri Zamzamzairani Mohd. Isa
• Sektor Teknologi: Ketua Pegawai Eksekutif Technology Park Malaysia, Datuk Ir. Mohd Azman Shahidin
• Sektor Hiburan Sukan: Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang Sdn. Bhd., Datuk Ahmad Razlan Ahmad Razali
• Sektor Pembangunan Hartanah: Pengarah Urusan Kumpulan Kumpulan l&P Sdn. Bhd., Datuk Ir. Jamaludin Osman
• Sektor Pendidikan Swasta: Pengarah Urusan Brickfields Asia College, Raja Singham
• Sektor Minyak dan Gas: Naib Presiden Rantau Asia Halliburton, Rao Abdullah
• Sektor Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Paparan: Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Datuk Badlishah Ahmad
• Sektor Perkhidmatan Landskap: Pengarah Urusan Satar Landscaping Sdn. Bhd., Datuk Seri Abdul Satar Khan
• Sektor Insurans: Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Great Eastern Life Assurance (M) Bhd., Datuk Koh Yaw Hui
• Sektor Kesihatan: Pengarah Urusan Kumpulan Chemical Company of Malaysia Bhd., Leonard Ariff Abdul Shatar
• Sektor Hospitaliti: Pengarah Eksekutif MK Land Holdings Bhd., Felina Mustapha Kamal
• Sektor Kejuruteraan: Pengarah Urusan TNB Repair and Maintenance Sdn. Bhd., Anuar Yusoff
• Sektor Keselamatan Siber: Ketua Pegawai Eksekutif AKATI Consulting (M) Sdn. Bhd., Krishna Rajagopal
• Sektor Sosial Korporat: Pengerusi Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad, Tan Sri Abdul Aziz Zainal
• Sektor Pembinaan: Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan IJM Corporation Bhd., Datuk Soam Heng Choon
• Sektor Automotif: Pengerusi Eksekutif Ingress Auto Sdn. Bhd., Datuk Dr. Rameli Musa
Anugerah Kepimpinan Cemerlang
• Syarikat Konglomerat Terbaik: Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom Bhd., Tan Sri Dr. Mohd. Khamil Jamil
• Jenama Terbaik: Ketua Eksekutif Kumpulan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd., Datuk Ir. Zainudin A. Kadir
• Usahawan Bumiputera Terbaik: Ketua Pegawai Eksekutif Sedania Corporation Sdn. Bhd., Datuk Azrin Mohd. Noor
• Personalis Terbaik: Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MSM Malaysia Holdings Bhd., Datuk Sheikh Awab Sheikh Abod
• Ketua Pegawai Eksekutif Wawasan Terbaik: Ketua Pegawai Eksekutif Masterplan Consulting Sdn. Bhd., Datuk Ahmad Faris Abdul Halim
• Usahawan Harapan Wanita Terbaik: Pengarah Urusan Megapadu Sdn. Bhd., Datuk Normaziah Sheik Mohamed
• Ketua Pegawai Eksekutif Wanita Terbaik: Pengarah Urusan Pharmaniaga Bhd., Datuk Farshila Emran
• Usahawan Terbaik: Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel
• Ketua Pegawai Eksekutif Terbaik: Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Axiata Bhd., Datuk Seri Jamaludin Ibrahim
• Ikon Bisnes Terbaik: Pengarah Urusan Kumpulan Malaysian Resources Corporation Bhd.. Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .