Saturday, April 30, 2016

Kerja keras sebelum dihalau pulang – Azmin

Johari Seman     2:59:00 PM    

KUCHING, 30 APR: Tempoh singkat berbaki beberapa hari sahaja lagi di bumi kenyalang digunakan sebaiknya Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali untuk menyelami

suara hati dan berkongsi visi perubahan bersama rakyat Sarawak.

Timbalan Presiden KEADILAN itu memulakan aktiviti hari ini dengan walkabout di DUN Tupong dan kemudian dijadualkan akan mendekati rakyat di Mambong.

AZMIN TUPONG“Bersama Calon DUN Tupong, Nurhanim Mokhsen di Pasar Satok. Rakyat mengeluh harga barang tinggi dan membebankan.

“Maklumat awal mengesahkan pengundi di kawasan pendalaman bersedia dan berani membawa perubahan menyokong calon KEADILAN,” katanya menerusi laman twitternya.

Semalam, Mohamed Azmin memanfaatkan masanya dengan bertemu pengundi di empat DUN membabitkan Satok, Batu Kitang, Simunjan dan Tarat.

“Kerja kuat sebelum dihalau oleh BN (Barisan Nasional),” katanya ringkas.

Semalam, Mohamed Azmin yang juga merupakan Menteri Besar Selangor mendedahkan dirinya diarah keluar dari Sarawak, pada 2 Mei ini dengan memuat naik gambar dokumen perjalanan yang tertera cop dengan ayat ‘permitted to enter and remain in Sarawak/Malaysia until 05/02/2016’.

HANNAH SIBUTerdahulu Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh turut menyertai senarai pimpinan pembangkang yang dilarang memasuki Sarawak sebaik mendarat di Lapangan Terbang Sibu.

Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 ini menyaksikan beberapa pemimpin lain turut dihalang masuk ke negeri itu antaranya Ngeh Koo Ham, Anthony Loke, Tony Pua, Teresa Kok, Teo Nie Ching dan Ooi Leng Han, Mohamad Sabu (Parti Amanah Negara) dan Dr Afif Bahardin (PKR) dan Nurul Izzah (PKR).

-nR-

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .