Sunday, April 24, 2016

Mahathir Takut Beri Jawapan Siapa Layak Ganti Najib

Johari Seman     9:17:00 AM    

Soalan yang dinantikan jawapan oleh ramai pihak,siapakah pengganti Najib?.Jika tiada jawapan,mengapa dan kenapa ada pula usaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri yang dipilih melalui sistem demokrasi.
Orang yang layak memberi jawapan kepada soalan yang sering diajukan ini adalah Mahathir,kerana dialah kepala kepada kumpulan untuk menjatuhkan Najib.


Tapi Mahathir selalu mengelak untuk memberi jawapan,kenapa?.
Rasanya rakyat sudah tahu Matlamat Mahathir hanya mahu Mukhriz dilantik sebagai Perdana Menteri sesudah Najib digulingkan secara tidak bermaruah oleh kumpulan pemakan daging saudara seagama.

Apakah Mahathir dan kumpulan penyokongnya melihat Mukhriz lebih kedepan daripada Najib?kalau jawapannya Mukhriz lebih layak dari Najib,tolong lihat kepada jasa semasa Mukhriz memegang jawatan penting dinegeri Kedah serta jawatan lain.

Mahathir setakat ini bisu daripada memberi sebarang jawapan kepada soalan siapakah yang layak dilantik Perdana Menteri jika Najib berjaya digulingkan oleh kumpulan yang diketuai Mahathir sendiri.

Kenapa Mahathir bisu dari memberi sebarang jawapan?,jika Mahathir awal-awal lagi memberi tahu Mukhriz layak ganti Najib,bermakna usaha menjatuhkan Najib gagal lebih awal,kerana Muhyiddin Yassin dan Safie Apdal tahu setakat mana ketokohan Mukhriz yang dilihat lembik dalam banyak hal.

Sebab itulah Mahathir tidak pernah tampil memberi jawapan kepada soalan,sedangkan umumnya sedang menanti nanti jawapan dari mulut keramat mantan MAHA.
-hot kelate

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .