Sunday, April 24, 2016

PAS Terus Bisu Tanah Digondol

Johari Seman     2:39:00 PM    


Gua Musang-Kira-kira 100 penduduk dari tiga perkampu- ngan Orang Asli di si- ni, nekad akan memperta- hankan kawasan mereka daripada sebarang aktiviti pembalakan termasuk yang berlesen.

Mereka yang. menetap di Kampung Tembaga, Pinchong dan Pos Gob, berpen- dapat jika kegiatan itu dibiarkan, tidak mustahil generasi mereka akan datang hilang identiti dan tiada tempat untuk berlindung.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung Orang Asli Pos Gob, Angah Bongsu, mendakwa sejak 16 tahun lalu, puluhan syarikat melakukan pembalakan di kawasan berkenaan.

Bagi menghalang syarikat pembalakan, penduduk me- nubuhkan jawatankuasa dan bertindak membuat palang bagi menghalang pembalak masuk ke kawasan mereka.

Bersatu hati
 "Cukup-cukuplah mengam- bil hasil di kawasan kami. Jika syarikat pembalakan te- rus menebang balak tanpa memikirkan nasib Orang As­li, di mana kami mahu tinggal nanti.

"Kami seluruh penduduk di sini akan bersatu hati dan bekerjasama bagi mengha­lang sebarang kemasukan syarikat pembalakan walau- pun dibenarkan kerajaan ne- geri.

"Hutan adalah identiti kami dan tempat perlindu- ngan kami.... Tolong jangan musnahkan kawasan kami lagi dan berharap kerajaan negeri akan mempertim- bangkan masalah kami," ka- tanya ketika ditemui, semalam.

Sementara itu, tinjauan mendapati kira-kira 10 hektar hutan di kawasan Pos Gob sudah digondol oleh sebuah syarikat, dipercayai anak sya­rikat milik kerajaan negeri.

Berdasarkan papan tanda di lokasi, projek pembalakan itu membabitkan kawasan seluas 293 hektar yang ber- mula Mac lalu dan dijangka selesai pada September depan.

Bagaimanapun, syarikat berkenaan hanya mampu beroperasi selama tiga ming- gu kerana aktiviti mereka dihalang penduduk kampung dan mereka tidak dibenar- kan masuk ke kawasan itu.

Malah, penduduk juga menaikkan papan tanda di beberapa lokasi yang melarang sebarang kegiatan pembalakan di kawasan mereka.

Air sungai keruh
Sepanjang peijalanan yang mengambil masa empat jam dari bandar Gua Musang, sa- tu kawasan menempatkan lebih 70 batang balak dipercayai ditebang dari Pos Gob.

Kesan aktiviti pembalakan itu juga sudah kelihatan apabila air Sungai Nenggiri dan Sungai Perias keruh, selain berlaku tanah runtuh di Kampung Tembaga.

Dalam perkembangan ber- kaitan, Pengerusi Pemuda Jaringan Orang Asli Kelantan, Dendi Johari, berkata masyarakat Orang Asli di sini, tidak akan mengadakan sebarang rundingan dengan mana-ma- na pihak melainkan berkai- tan pemberhentian kegiatan pembalakan.

Beliau turut mempersoal- kan kewajaran Jabatan Perhutanan meluluskan penebangan balak seluas 239 hek- tar di Pos Gob, yang jelas akan memberi kesan buruk kepada penduduk Orang Asli.
"Isu di sini bukan kegiatan haram atau berlesen. Seki- ranya balak di kawasan se­luas 239 hektar ditebang, apa jadi dengan nasib mereka di sini?

"Jika syarikat berkenaan mempunyai lesen dari Jaba­tan Perhutanan atau kerajaan negeri, itu hak mereka. Namun kami tetap tidak akan membenarkan kawa­san kami diceroboh.

"Pada masa sama, kami mahu kerajaan negeri mengeluarkan surat bahawa tanah berkenaan milik pendu­duk dan orang ramai tidak dibenarkan menceroboh," katanya.

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .