Saturday, April 30, 2016

Pergolakan Umno Shah Alam Faedah Kepada Pakatan Harapan

Johari Seman     3:17:00 PM    

Ketua Umno Bahagian Shah Alam
Azhari Saari
Pergolakan Umno Bahagian Shah Alam sejak beralih ketua bahagian belum berakhir walaupun asalnya dilihat akan lebih baik dari yang lama.

Kini kesemua sayap parti tidak ngam dengan Ketua Bahagian,kalau berprogram bersama pun hanya berpura-pura,kata sumber yang dikenali penulis.

Ketua Umno Bahagian Shah Alam Azhari Saari pula dilihat  lebih kuat bekerja sebagai mepersediakan dirinya sebagai calon DUN Batu 3 pada PRU 14 nanti,bukanya untuk parti sebaliknya untuk peribadi,kata sumber itu lagi.

Sumber memberi tahu,Ketua pemuda UMNO Bahagian juga dilihat hilang arah apabila pergerakannya disekat oleh atasanya sehingga program yang dibuatnya juga tidak cukup peruntukan.

Ketua Wanita yang dituduh dari saki baki Ahmad Nawawi pula menghadapi masalah sebagaimana ketua pemuda,menurut sumber lagi,ketua puteri umno Shah Alam asyik naik angin dengan perangai ketua bahagian umno shah alam.

Menurut sumber lagi,perangai pemimpin umno dalam shah alam memudahkah pakatan harapan memenangi kesemua tiga kerusi pada pru14 nanti.

Orang2 lama dalam perjuangan umno shah alam geleng kepala dengan telatah pemimpin muda yang terlalu serakah mengejar untuk menjadi calon pru14 bukanya memperkuatkan parti bagi menikmati kejayaan bersama.

Oleh itu UMNO-BN shah alam tidak akan berhasil membawa kembali kerusi dalam shah alam yang dimenangi PKR,PAS pada pru13,'kata sumber



0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .