Saturday, April 23, 2016

Ringgit Dijangka Kukuh Berbanding Dolar

Johari Seman     5:07:00 PM    

KUALA LUMPUR, 23 APR: Ringgit dijangka diniaga secara berhati-hati antara 3.80 dan 3.90 berbanding dolar US minggu depan menjelang dua mesyuarat dasar, kata peniaga.

Rizab Persekutuan AS (Fed) akan mengadakan mesyuarat dua hari mulai Selasa minggu depan manakala pembuat dasar Bank Jepun, yang dijangka menimbang langkah-langkah mengurangkan kadar faedah, akan bermesyuarat pada Rabu dan Khamis.

“Peserta pasaran mungkin akan menilai petunjuk Fed mengenai kenaikan kadar faedah seterusnya. Jika itu berlaku pada mesyuarat ini, ia akan menjejaskan mata wang serantau, termasuk ringgit,” katanya.

Peniaga berkata, ringgit juga dijangka menjejaki pergerakan pasaran minyak minggu depan.

Mata wang tempatan itu diniagakan keseluruhannya lebih rendah minggu ini berikutan kekurangan petunjuk baharu.

Pada Jumaat, ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar US pada 3.8940/8000 berbanding 3.9000/0100 minggu lepas.

Bagaimanapun, ringgit jatuh berbanding dolar Singapura kepada 2.8838/8904 daripada 2.8683/8773 Jumaat lepas. Ia mengukuh berbanding yen kepada 3.5281/5342 daripada 3.5656/5757 sebelum ini.

Ia jatuh berbanding pound Britain kepada 5.5852/5957 daripada 5.5232/5381 Jumaat lepas dan meningkat berbanding euro kepada 4.3893/3969 daripada 4.3930/4046 sebelum ini.

BERNAMA

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .