Thursday, May 12, 2016

Dunia Iktiraf Pendidikan Tinggi Kita

Johari Seman     1:52:00 PM    

Saya gembira apabila mendengar berita bahawa duapendebat Universiti Tek-nologi MARA (UiTM), Mifzal Mohammed dan Jas­mine Ho Abdullah, memenangi kategori utama Pertandingan Debat Antara Universiti Cambri­dge pada Oktober 2015 di United Kingdom.

Dalam peijalanan menuju ke arah kemenangan, mereka rae- ngalahkan pendebat universiti terkemuka dunia seperti Oxford dan Harvard, termasuk Cambri­dge di gelanggang mereka sen-
diri.

Saya bersyukur kerana pelajar kita dari UiTM membuktikan ba­hawa mahasiswa Malaysia berkebolehan berfikir dan berhujah secara kritis dan kreatif, serta boleh beijaya di persada antarabangsa lebih-lebih lagi dalam bahasa Inggeris.


Baru-baru ini, saya dimaklum- kan bahawa Mifzal, pelajar undang-undang UiTM, dipilih sebagai Ketua Hakim bagi Kejohanan Debat Universiti Sedunia di Mexico pada Disember 2017 hingga Januari 2018. Saya diberitahu ini adalah kejohanan debat paling berprestij di dunia dan disertai lebih 1,000 peserta setiap tahun.

Terima dua anugerah
Pada April lalu, saya menerima berita bahawa seorang profesor Universiti Kebarigsaan Malaysia (UKM) akan menerima dua anu­gerah pendidikan antarabangsa. Profesor Datuk Dr Mohamed Amin Embi dianugerahkan Anu­gerah Pendidik Individu dan Anu­gerah MOOC Terbuka (Pembela- jaran Atas Talian) oleh Konsortium Pendidikan Terbuka (OEC) di Poland.


Bagi Anugerah Pelajaran Indi­vidu, beliau antara dua individu di dunia menerimanya. Anugerah ini diberikan sebagai pengiktira- fan kepada sumbangan beliau memajukan konsep pendidikan terbuka dan inovasi pendidikan sejak 15 tahun lalu. Beliau juga seorang Islam dan warga Malaysia pertama menerima anugerah an­tarabangsa berprestij ini.

Bagi Anugerah MOOC Terbuka pula, kursus beliau bertajuk 'Me- mikirkan Semula Pengajaran, Me- reka Bentuk Semula Pembelajaran' dipilih antara MOOC paling inovatif dan berkualiti di dunia. MOOC bermaksud Massive Open Online Course adalah kursus atas talian secara percuma dan MOOC ciptaan Dr Mohamed Amin ini boleh dipelajari di OpenLeartermasuk subjek seni bina, dasar sosial, pertanian, farmasi, pendi- dikan, sains komputer dan keju- ruteraan aeronautik.
Hasil penyelidik diiktiraf dunia
Awal tahun ini, tiga penyelidik UA dinamakan 'Minda Saintifik Du­nia Paling Berpengaruh' oleh or- ganisasi antarabangsa masyhur, Thomson Reuters, kerana hasil keija dan penerbitan penyelidik tersebut adalah antara paling tinggi di dunia. Ini bermakna, ha­sil ilmu mereka disitasi dan di- rujuk oleh penyelidik lain dari se- luruh dunia.

Daripada tiga profesor itu, dua adalah rakyat Malaysia dan seorang dari Iraq. Mereka adalah Prof Datuk Ir Dr Wan Ramli Wan Daud dan Prof Dr Siti Kartom Kamarudin, dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dan seorang lagi, Prof Dr Bassim Hameed dari USM. Mereka pakar bidang keju- ruteraan kimia. Mesej yang saya ingin sampaikan adalah bahawa sistem pendidikan tinggi kita sedang meningkat ataupun Soaring Upwards.

Istilah ini adalah moto kementerian yang membawa maksud peningkatan secara berterusan. Malangnya, ramai tidak mengetahui kejayaan ini dan sebaliknya suka mengkritik atau merendahkan sistem pendidikan negara.

Saya berharap kita dapat ber- bangga dengan pencapaian dan kisah kejayaan pensyarah, pelajar dan warga pendidikan tinggi ne­gara. Saya janji dengan rakyat Ma­laysia, Insha-Allah kita akan lahirkan sistem pendidikan tinggi yang global dan cemerlang. Kita akan bangga dengan pendidikan tinggi negara. Bangga kita sebagai rakyat Malaysia.

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .