Thursday, May 12, 2016

Kos Kajian Jalan RM31 Juta Dipersoal

Johari Seman     12:51:00 PM    

Ketua Menteri Pulau Pinang perlu menjelaskan mengapa kos kajian kebolehlaksanaan bagi tiga jalan di negeri itu bernilai RM31 juta, sedangkan


Projek Terowong Dasar Laut yang lebih sukar dan berisiko pula menelan belanja RM20 juta.

Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan, berkata jumlah keseluruhan bagi tiga kajian kebolehlaksanaan, reka bentuk dan penilaian kesan alam sekitar (EIA) yang beijumlah RM305 juta adalah terlalu mahal.

"Saya sedar kerajaan Pulau Pi­nang belum menyatakan ia akan . membabitkan Kementerian Keija Raya yang menawarkan bantuan untuk mengurangkan kos dan memastikan ketepatan masa projek itu, yang saya syorkan supaya dipertimbangkan kerajaan negeri," katanya dalam kenyataan di sini, malam tadi.

Beliau juga mahu tahu mengapa syarikat sama yang diberikan pro­jek itu, turut diberi tanggungjawab melakukan kajian bagi menentukan sama ada projek mereka mampu dilaksanakan atau mesra alam.

"Bukankah ini satu konflik kepentingan," katanya."

Abdul Rahman yang juga Men­teri Perumahan dan Kerajaan Tempatan mempersoalkan rancangan kerajaan Pulau Pinang untuk menetapkan kadar tol di Jambatan Kedua Pulau Pinang sama dengankadar di lebuh raya dengan 'alasan' tidak mahu operator jambatan itu kerugian.

"Ini tidak boleh diterima kerana kadar tol jambatan kedua ditetapkan berdasarkan operator mengutip bayaran untuk penyelenggaraan dan mendapatkan balik pelaburan mereka bagi pembinaan jambatan itu.

"Bagaimanapun, operator Projek Terowong Pulau Pinang akan mengenakan kadar bayaran yang sama walaupun ia tidak perlu men­dapatkan kembali kos pembinaan kerana ia ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri," katanya.
BERNAMA

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .