Sunday, May 15, 2016

Pakatan Harapan Guna Mahathir Untuk Kempen Di Dua PRK

Johari Seman     8:24:00 PM    

ROH politik PKR,DAP dan PAN Selangor semakin mencabar malah terpaksa menggunakan Mahathir bagi menyeru pengundi Sungai besar supaya tidak memberi undi pada BN.

Serik dengan pengalaman kalah teruk di PRN Sarawak ke-11 Datuk Menteri Besar Selangor,Azmin Ali pada awalnya membodek PAS supaya bersama PKR menentang BN pada PRK kali ini.

Bagi pemimpin PAS,jika tidak meletakkan calonnya di Sungai Besar ia akan dianggap menyembah DAP dan PAN sedangkan PAS tidak sebaris dengan Pakatan Harapan.

Jawapan manis yang ditunggu-tunggu Azmin Ali terlalu pahit namun terpaksa DITELAN apabila Haji Hadi juga Presiden parti menyatakan,'PAS bersendirian dan akan bertanding di kedua PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar malah tidak akan adakan kerjasama dengan parti dalam Pakatan Harapan.

Ujian Pakatan Harapan bukan sahaja gagal di PRN Sarawak malah gagal memujuk pemimpin PAS agar tidak meletakkan calonya di Sungai Besar.

Kekosongan kerusi Sungai Besar dan Kuala Kangsar dianggap medah memulihkan maruah Pakatan Harapan dan dengan sebab itu PKR membodek pemimpin PAS.

PAN yang dibarisi rata-rata bekas pemimpin PAS yang dikhabarkan lebih baik dari parti lain rupanya indah khabar dari rupa setelah dilenyek habis-habisan oleh pengundi Bumi Kenyalang.

DAP pula sebuah parti yang tidak mengakui hanya untuk bangsa Cina pada awalnya mencalonkan calon Melayu di Teluk Hitam,Perak pada 2014,namun kalah teruk.

DAP sekali lagi mencalonkan calonya dikalangan bukan Cina di Batu Kitang,Sarawak pada PRN Sarawak ke-11.Calonya Abdul Aziz Isa juga tewas di tangan calon Barisan Nasional.

DAP bukan sahaja kecundang dikawasan Calon Melayu di Sarawak malah kerusi yang dimenangannya sebelum PRN ke-11 juga turut kehilangan.

PKR tidak berjaya menambah sebarang kerusi di Bumi Kenyalang dalam siri PRN ke-11 yang masih manis kenangannya buat Barisan Nasional.

Muktamadnya di Sarawak Pakatan harapan cuma meraih 10 daripada 82 kerusi ditandingi dan tentulah dua PRK yang akan berlaku pada bulan puasa nanti adalah PRK maruah buat Pakatan Harapan.

Usaha membodek PAS tidak berhasil pastinnya bergetar terasa dibenak para pemimpin Pakatan Harapan berikutan dua PRK yang dianggap medan pertarungan maruah itu juga semakin kelabu untuk mengecap kejayaan.

Percaya atau tidak,di Sungai besar para pemimpin Pakatan Harapan sedang menggelupur seperti cacing kepanasan.

Harapkan PAN untuk menawan kerusi parlimen Sungai Besar ,memang tiada harapan langsung.Kini Pakatan Harapan hanya bergantung kepada PKR semata-mata.

PKR yang dinobat sebagai parti terkuat orang Melayu dalam Pakatan Harapan juga sedar undi yang diperolehi adalah hasil dari kempen jentera PAS pada PRU lalu.

Spekulasi terkini orang cina tidak akan undi PKR berikutan PKR masih bekerjasama dengan PAS yang bermusuhan dengan DAP sehingga Pakatan Rakyat dikuburkan juga sedang bertiup.

Menyedari hakikat itu pemimpin PKR juga dilihat terumbang ambing untuk meletakkan keyakinan kepada rakyat Selangor partinya sebagai yang boleh mengalahkan calon Barisan Nasional di Sungai Besar juga masih samar.

Pertembungan tiga penjuru di Sungai Besar dan Kuala Kangsar hampir pasti terjadi,namun hakikat kemenangan diharapkan Pakatan Harapan untuk menebus maruah diatas kekalahan teruk di Sarawak tidak akan terjadi.

Desas desus menyatakan akan ada calon bebas dari bangsa Cina bertanding pada PRK Sungai Besar mungkin berlaku bagi mengimbangi pengundi Cina supaya tidak memilih Barisan Nasional setelah PKR tidak diterima pengundi Cina.

Tidak hairanlah  si Mahathir kutty juga digunakan untuk kempen pada PRK nanti bagi menarik simpati pengundi.

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .