Monday, May 16, 2016

Pelajar Malaysia Berjoli AS1 Juta Dtahan

Johari Seman     6:55:00 AM    

SYDNEY,AUSTRALIA—Seorang pelajar Malay­sia, Christine Jiaxin Lee yang menjadi jutawan segera ekoran kecuaian pihak bank memasukkan wang bernilai AS4.6 juta (RM13.5 juta) ke dalam akaun miliknya mengejutkan pihak media selepas mahkamah membongk a r k a n senarai barangan dibelanjakan gadisitu.

Ekoran pendedahan yang dilaporkan The Sydney Mor­ning Herald semalam, pelajar tersebut disifatkan oleh media antarabangsa sebagai seorang gadis yang memiliki selera berbelanja luar biasa.

Ia dibuktikan dengan sena­rai pembelian dilakukan oleh Christine yang baru berusia 21 tahun dilaporkan melibatkan 128 jenis barang. Antara ba­rangan berjenama dibeli gadis itu ialah beg tangan berjena­ma Hermes Birkin bernilai AS160.000 (RM469.370) dan alat pembersih vakum mewah.

Barangan mewah lain dibeli, pelajar jurusan kejuruteraan kimia itu ialah bantal kashmir rekaan Chanel bernilai A$l,360 (RM3.989), set baran­gan kemas selain turut membuat bayaran bagi beberapa kos penginapan di kediaman mewah.

Jumlah keseluruhan wang yang dibelanjakan oleh Chris­tine dalam tempoh tiga tahun lalu dianggarkan menelan belanja A$1 juta (RM2.9 juta).

Akhbar itu melaporkan Christine turut membeli gelang berjenama Cartier yang berharga A$9,000 (RM26.402) dan sepasang kasut but Chris­tian Louboutin yang mencecah AS2.500 (RM7.333).

Kelemahan utama pelajar tersebut adalah terhadap ba­rangan berjenama Hermes kerana Christine telah mem­beli 13 selendang signatur dan beberapa beg tangan jenama berkenaan.

Pendedahan tersebut juga menyatakan, gadis itu memi­liki pelbagai rekaan beg tangan Hermes Birkin daripada jenis kulit Epsom yang dianggarkan bernilai serendah A$20,000 (RM58.671) hingga kepada buaya Himalaya paladium yang bernilai RM645,459.

"Senarai belian tersebut turut menyatakan nilai perbelanjaan termahal Christine dilakukan pada 9 April 2015 ke- tika gadis itu berbelanja sebanyak A$220,200 (RM645.970) di butik Christian Dior di Syd­ney," tambah The Sydney Mor­ning Herald.

Christine dilaporkan berkunjung semula ke butik tersebut pada keesokan harinya untuk         membeli-belah dengan jumlah perbelanjaan pada hari kedua itu berjumlah A$94,520 (RM277.280).

Bagaimanapun, gaya hidup mewah Christine berakhir pada 4 Mei lalu apabila dia ditahan ketika cuba pulang ke Malaysia menggunakan pasport kecemasan.

Pihak berkuasa Sdyney mendakwa, gadis itu atas tuduhan tidak berlaku jujur dengan mengambil kesempatan terhadap wang yang bukan miliknya. Perbuatan itu merupakan satu jenayah penipuan.

Pada awal bulan ini, Mahkamah Waverley di sini mendengar keterangan polis daripada unit penipuan yang memulakan penyiasatan terhadap peqgeluaran wang secara tidak sah yang dimasukkan secara overdraf ke dalam akaun Christine pada tahun 2012.

Bagaimanapun, waran tangkap ke atas Christine hanya dikeluarkan pada 4 Mac 2016.

Berhubung kejadian itu, Majistret Lisa Stapleton membenarkan Christine diikat jamin kerana kes tersebut menunjukkan gadis itu tidak melanggar undang-undang.

Stapleton memberitahu, Christine hanya diarahkan supaya membayar semula wang yang dibelanjakan dan bukan didakwa atas kesalahan melakukan jenayah.

Selepas ditahan baru-baru ini, pembebasan Christine dengan ikat jamin terpaksa ditangguhkan kerana teman lelakinya, Vincent King gagal mengesahkan identiti diri sendiri sebab hadir dengan hanya membawa Mykad.

Christine hanya dapat dibebaskan dengan ikat jamin pada keesokan harinya sebelum gadis itu diarahkan oleh mahkamah untuk tinggal di kediaman teman lelakinya yang terletak di Rhodes di sini.

-Kosmo 1snin 16 Mei 2016

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .