Thursday, May 12, 2016

Polis patah cubaan seludup diesel bernilai RM12,000

Johari Seman     4:35:00 PM    

PASIR PUTEH – Pasukan Polis Marin (PPM) merampas 6,900 liter diesel bernilai lebih RM12,000 yang disyaki cuba diseludup keluar dari Malaysia ke negara jiran hasil pemeriksaan ke atas satu kapal kargo di Tok Bali dekat sini, kelmarin.

Pegawai Pemerintah Markas Taktikal Tok Bali, Inspektor Nik Ali Nik Mat berkata, beliau bersama tujuh anggota mengesan kapal berkenaan jam 11 pagi semalam ketika kapal itu singgah di satu jeti.

Katanya, hasil pemeriksaan yang dilakukan, pihaknya menemui 230 tong berisi diesel di petak khas di bahagian hadapan dan hadapan kapal berkenaan.

"Kita menahan sautu tekong dan 14 anak kapal warga Vietnam berusia dari 15 hingga 68 tahun dan mendapati mereka tidak mempunyai sebarang dokumen yang membenarkan mereka membawa bahan api tersebut.

"Kes ini diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kota Bharu untuk tindakan lanjut berhubung kesalahan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya pada sidang media di Jeti Markas Taktikal Tok Bali di sini, malam tadi.

Nik Ali berkata, di dalam kapal itu juga terdapat sotong dan ikan tetapi pihaknya tidak menemui peralatan menangkap ikan.

"Masih tersapat petak kosong dalam kapal teresebut, kita percaya mereka singgah di satu jeti di sini untuk mengisi barangan lain untuk diseludup keluar.

"Nilai rampasan keseluruhannya iaitu kapal dan muatannya bernilai kira-kira RM1.2 juta dan ini merupakan rampasan terbesar tahun ini," katanya.

Menurutnya, kapal kargo itu mungkin terlibat dalam sindiket penyeludupan kerana bahagian dalamnya diubahsuai untuk mengisi barangan tertentu.

Katanya, sindiket berkenaan lebih menumpukan kepada diesel kerana hara diesel di negara jiran seperti Thailand dan Vietnam lebih tingg

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .