Tuesday, June 21, 2016

Ahli Parlimen PKR Mati Ditembak Di Miri Sarawak

Johari Seman     5:05:00 PM    



KUCHING: Calon PKR bagi DUN Bekenu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang lalu, Bill Kayong, mati ditembak berhampiran sebuah pusat membeli belah di Senadin, Miri, pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil menerusi aplikasi WhatsApp sebentar tadi.

"KEADILAN baru terima berita bahawa saudara Bill Kayong, calon kerusi N71 Bekenu pada PRN Sarawak yang lalu, telah mati ditembak berhampiran Emart One-Stop Shipping Mall di Senadin, Miri," tulis mesej tersebut.

Timbalan Ketua Polis Miri, Supt Stanley Johanthan Ringgit mengesahkan kejadian itu dan berkata siasatan sedang dijalankan.


Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi tadi itu, Kayong yang sedang memandu Toyota Hilux untuk ke tempat kerjanya ditembak ketika sedang menunggu lampu isyarat.

Dilaporkan, Kayong ditembak dari jarak dekat dengan tembakan itu mengenai lehernya.


Satu lubang peluru yang menembusi tingkap keretanya di bahagian pemandu turut kelihatan.

Dalam pada itu, ADUN Batu Lintang, See Chee How yang turut mengesahkan berita itu turut memaklumkan majlis makan malam anjuran parti yang dijadualkan malam ini dibatalkan.

Kayong yang juga Setiausaha PKR Bahagian Miri tewas di DUN Bekenu kepada calon Barisan Nasional (BN) Rosey Yunus.

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .