Wednesday, June 29, 2016

Betulkah 3M Akan Tubuh Parti Baharu Untuk Tumbangkan Najib?

Johari Seman     2:03:00 AM    

MENJAWAB desas desus jika berlaku penubuhan parti baru oleh Tan Seri Muhyiddin Yassin akan mengugat kedudukan UMNO.

Pertamanya harus melihat sokongan orang Melayu kepada UMNO sekarang masih 60 peratus,manakala 40 peratus lagi bertebar dikalangan pembangkang.

Sekiranya team 3M (Mahathir,Muhyiddin,Mukhriz) menubuhkan parti baru sokongan terhadap UMNO juga tidak berubah malah mengecilkan sokongan Melayu terhadap pembangkang.

Realitinya sesebuah parti yang baru ditubuhkan memerlukan masa sekurang-kurangnya 10 tahun untuk stabil biarpun pengasasnya adalah seorang tokoh politik negara.Hal ini boleh dicontohi kepada penubuhan PKR yang diterajui oleh anak beranak Anwar Ibrahim.

Kehebatan Datuk Seri Anwar Ibrahim jauh kehadapan jika dibandingkan dengan Tan Seri Muhyiddin walaupun mereka berdua asalnya dari bekas pemimpin satu darjat dari UMNO.

Tan Seri Muhyiddin dan Datuk Seri Mukhriz patut melihat gelombang sokongan semasa pengumuman pemecatan beliau daripada UMNO.

Mereka berdua juga patut mengimbau kembali gelombangan ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim ditendang dari UMNO sebagai contoh terbaik jika benar beliau terasa hebat.

Ramai yang bersetuju ada impak kepada UMNO setelah pemecatan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Tan Seri Muhyiddin,namun ia terlalu kecil berikutan mereka berdua juga gagal dalam banyak pekara semasa memegangjawatan penting.

Jika berlaku penubuhan parti baru oleh Tan seri Muhyiddin dan Mukhriz berganding pula dengan Tun Dr Mahathir sekalipun ia tidak memberi impak besar.

Contoh terbaik boleh dilihat semasa kempen PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang langsung tidak memberi kesan kepada Barisan Nasional,walaupun mereka bertiga bermadi peluh berusaha untuk memalukan Datuk Seri Najib.

Pemecatan Tan Seri Muhyiddin dan Datuk Seri Mukhriz bukanya menjadi bualan hangat netizen seperti yang diharapkan oleh penyokong-penyokong deklarasi rakyat.

Hal itu boleh dilihat dilaman sosial kesukaan rakyat Malaysia iaitu Facebook,kecuali hanya beberapa kutu sesat sahaja.

Peratusan besar pengguna facebok berstatus politik kebanyakan bersetuju pemecatan mereka berdua daripada UMNO.

Tan Seri Muhyiddin dan Datuk Seri Mukhriz patut buktikan kekuatannya dengan mempertahankan kerusi kemenangan pada PRU 13 diatas nama tiket bebas,atau atas nama parti lain sebagai bukti beliau masih diterima rakyat pada PRU 14 nanti.

Sebelum ini Tan Seri Muhyiddin menyatakan UMNO Pagoh bersama dengan beliau dan menolak tindakan pemecatan dari parti Melayu terbesar.Hakikatnya hanya tiga pemimpin dalam bahagian itu yang meletakkan jawatan sebagai tanda bantahan.

Manakala di Jerlun iaitu kawasan Datuk Seri Mukhriz pula senyap sunyi dan langsung tidak kedengaran apa-apa bantahan walaupun tahu bekas menteri besar Kedah telah diterajang dari UMNO.

Jika ada yang mengatakan dengan penubuhan parti baru gandingan Tan Seri Muhyiddin juga Datuk Seri Mukhriz dan Tun Dr Mahathir sahaja boleh menumbangkan Datuk Seri Najib,pendapat itu adalah pendapat syok sendiri.

-Sumber Hot Kelate

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .