Wednesday, June 22, 2016

Kadar Jenayah Selangor Tahun 2015 Menurun

Johari Seman     1:57:00 AM    

Subang Jaya: Kadar indeks jenayah di Selangor mencatatkan penurunan 13.79 peratus iaitu sebanyak 3,801 kes bagi tempoh Januari hingga September tahun ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, 23,770 kes dicatatkan bagi tahun ini berbanding 27,571 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Katanya, kadar jenayah jalanan juga turut mencatatkan penurunan 17.29 peratus iaitu daripada 5,120 kes tahun lalu kepada 4,235 kes bagi tempoh sembilan bulan tahun ini.

"Kadar jenayah di Subang Jaya mencatatkan penurunan sebanyak 521 kes bersamaan 23.94 peratus iaitu daripada 2,176 kes tahun lalu kepada 1,655 kes tahun ini.

"Pencapaian ini memberikan gambaran bahawa usaha dalam mencegah dan membanteras jenayah sentiasa dilakukakan dengan baik bagi menjamin persekitaran selamat serta tenteram kepada masyarakat.

"Kita juga harap kerjasama daripada semua lapisan masyarakat menyalurkan maklumat mengenai sebarang kegiatan jenayah kepada pihak polis dalam usaha membendung masalah ini," katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Pondok Bit Polis di Main Place USJ 21 di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Bina Puri, Datuk Wong Foon Meng, Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar dan Pengarah Urusan Main Place, Jason Yam Huang Meng.

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .