Tuesday, June 21, 2016

Kak Mas Lega Tiada Kekangan Turun Padang

Johari Seman     3:46:00 PM    

Ahli Parlimen Kuala Kangsar yang baharu dipilih, Datin Mastura Mohd Yazid (GAMBAR)lega selepas dimaklumkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria bahawa tiada kekangan untuk beliau turun padang jika ada keperluan meskipun masih dalam tempoh idah.

Mastura bagaimanapun setakat ini belum keluar dari rumah untuk beijumpa dengan pengundi dan memberikan khidmat dari rumah sepanjang tempoh idah sebagaimana ditetapkan agama.

Tugas saya sebenarnya sudah pun bermula sebaik diumumkan sebagai Ahli Parlimen Kuala Kangsar yang baharu. Saya sudah mula serasi dan biasa dengan tugas dan tanggungjawab yang baharu ini.

Belum ada keperluan keluar rumah
"Setakat ini saya belum ada keperluan yang mendesak untuk keluar melaksanakan tanggungjawab dan bertemu dengan rakyat," katanya ketika dihubungi semalam.

Akhbar semalam memetik Harussani berkata, sebagai wakil rakyat yang dipilih, Mastura ada tanggungjawab terhadap rakyat dan dibenarkan keluar bertugas jika ada tuntutan yang memerlukan beliau bertemu masyarakat.

Bagaimanapun, Mastura perlu mematuhi syarat iaitu tidak boleh berhias dan menghormati dirinya yang ketika ini masih dalam tempoh idah kerana kematian suami.

Mastura berkata, beliau sebelum ini memang inginkan satu kepastian daripada ahli agama bagaimana untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat dalam tempoh idah kerana tidak dibenarkan keluar dari rumah sepanjang tempoh berkenaan.

Rujuk mufti
"Sebelum ini, saya betul-betul mahu memastikannya sebelum membuat keputusan untuk keluar dari rumah bagi menjalankan tugas sebagai wakil rakyat... saya merujuk perkara itu kepada mufti terlebih dahulu," katanya.

Sementara itu, sejak menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar, Sabtu lalu, kediaman Mastura tidak putus-putus dikunjungi pelbagai lapisamasyarakat yang memohon bantuan dan pertolongan.

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .