Thursday, July 7, 2016

AKHIRNYA MUHYIDDIN JADI MELUKUT DITEPI GANTANG

Johari Seman     10:30:00 PM    


TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN ditolak pembangkang untuk menjadi pemimpin pusat walaupun heboh diperkatakan BAHAWA PAN setuju lantik Muhyiddin jadi ketua pembangkang baharu Pakatan Harapan berikutan Anwar Ibrahim dipenjara berikutan kesalahan liwatnya.

Pada awalnya Ahli jawatankuasa pusat parti itu, Mazlan Aliman berkata terdapat perbincangan dalam parti untuk mencadangkan mengenai pelantikan ini ke seluruh pimpinan Pakatan Harapan.

Parti Amanah Negara (PAN) menafikan kenyataan bahawa parti tersebut merestui lantikan bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pemimpin pusat pakatan pembangkang.

Pengarah Strategik PAN Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kenyataan oleh Ahli Jawatankuasa Pusat PAN Mazlan Aliman yang disiarkan media sebelum ini disalah ertikan serta diambil diluar konteks.

Nasib Muhyiddin Yassin nampaknya gelap gelita apabila pembangkang yang selama ini beriya-iya menyokong akhir beliau dimasukan kedalam tong sampah oleh pembangkang.

Untuk menyedapkan hati Muhyyidin pembangkang akhirnya bermain tarik tali dengan mengatakan tidak ada halangan jika Muhyiddin mahu menyertai blok pembangkang.

Dr Dzulkefly Ahmad dilaporkan berkata "Kenyataan salah itu menyebabkan pemimpin parti (pembangkang) tidak senang.

Bagi pendapat pemerhati politik awam dan penulis blog, kenyataan Dr Dzulkefly Ahmad yang kononya,kenyataan yang dikeluarkan oleh Mazlan Aliman menyebabkan pemimpin parti pembangkang tidak senang,sebenarnya cuba menjelaskan  kepada awam,bahawa blok pembangkang tidak merestui Muhyiddin dipilih sebagai ketua pembangkang.

Kepada Pakatan Harapan,tak usahlah dikutip sampah buangan UMNO kerana dalam pembangkang ramai yang berkebolehan untuk dilantik kejawatan tinggi dalam blok pembangkang.

Percayalah jka Muhyiddin di lantik kejawatan tinggi dalam blok pembangkang akan ada orang-orang terawal melenting berikutan mereka telah bertungkus lumus sejak dari awal tetiba dipilih pula orang yang langsung tiada jasa dalam blok pembangkang.

Jika suasan itu terjadi pastinya blok pembangkang akan huru hara sedangkan blok pembangkang sendiri ada parti yang belum stabil lagi.

Oleh itu diharap blok pembangkang tidak rakus untuk memilih Muhyiddin kesebarang jawatan tinggi dalam pembangkang berikutan ramai lagi yang lebih layak dan berjasa jika dibandingkan dengan Muhyiddin yang ditendang oleh UMNO.

Terdesak sangatkah pembangkang sehingga mahu Muhyiddin dilantik sebagai pemimpin tertinggi dalam blok pembangkang?

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .