Monday, July 11, 2016

Cina Senyum Babi Lihat Perangai Melayu Berpolitik

Johari Seman     10:11:00 PM    


TIDAK MAMPU diungkap dengan pena,tak mampu berkata dengan lisan,makanya ramailah mendiamkan lidahnya lalu menyimpan kata-kata dihati.

Kalau ditanya bagaimana UMNO dikawasan kau,ramai berkata sungguh lemah,kalau ditanya bagaimana PAS di tempat kau,ramai yang kata makin sunyi dari menampakkan batang tubuh.

Jika ditanya bagaimana PKR disekitar kawasan kau,ramai kata serupa juga dengan Umno dan PAS.

Kalau ditanya bagaimana dengan DAP ramai pula Melayu muncung mulut tanpa mengerakan lisan.

Kalau macam itulah reaksi kebanyakan antara rakyat Malaysia,pembunuh sesebuah politik negara ini berada ditangan 'silent Voters' dan tidak takutkah pemimpin parti-parti politik yang bertanding.

Kaum Cina semenanjung tetap sokong Parti Cina terutamanya DAP, manakala MCA dan Gerakan mereka tolak bulat-bulat.Dua kerusi yang ada pada Gerakan diyakini akan hilang dirampas parti yang setia meyokong Ketua Menteri Pulau Pinang yang diheret ke mahkamah barkaitan kes rasuah.

Politik kaum Cina lain macam sikit daripada orang Melayu,Kaum Cina suka kecoh bila pemimpin politik Melayu ada Isu.
Apabila pemimpin parti Cina seperti DAP ada kes berat seperti rasuah dan sebagainya mereka akan tuduh apa yang berlaku hanyalah konspirasi politik untuk membunuh perjalanan politik pemimpin mereka.

Politik orang Melayu pula suka kecoh tidak kira siapa yang ada isu,Kalau pemimpin Melayu pun kecoh,pemimpin dari parti kaum Cina pun Melayu ikut kecoh hingga ada yang tuduh bekas ketua menteri sebuah negeri di semenanjung pernah merogol.

Pelik sungguh orang Melayu berpolitik,mungkin ada yang banyak masyuk hingga sanggup pula tuduh menuduh sesama Melayu,orang Cina pula senyum babi lihat Melayu yang berjaya diselembukan oleh mereka.

Pekara pelik pemimpin politik orang Melayu terutamanya dari Umno,bila tak puas hati dengan pemimpin mereke mula hentam dan fitnah,macamlah dirinya bersih sangat.

Apa yang mereka dapat pakai,makan minum dan merasai keselesaan hingga sampai 7 keturunan adalah hasil dari dalam parti yang dikatakan korup dan rasuah,tapi diri sendiri pun apa kurangnya kerana pernah berada dibawah naungan parti politik yang sama.

Selama 22 tahun duduk ditapuk perdana menteri pun masih tak puas hati dengan perdana menteri baharu,gi kuala kangsar pun naik jet peribadi walhal berapa jam sahaja kalau naik kereta,dan kuala kangsar bukanya sejauh Mongolia.

Tuding jari kepada PM baharu bukan mainlah,macamlah dirinya maksum,kata orang rahsia kalau tidak pecah diperut akan pecah dilisan sendiri dengan pelbagai tuduhan kepada orang lain, ye lah,kalau tak pernah mencuri macamana tahu kelakuan mencuri itu.

Politik orang Melayu tak pernah matang,tak pernah puas dengan keamanan,tak pernah selesa dengan kesegaran sekitar,ada sikit masalah kecohnya seperti ayam bertelur riuh sekampung,macamlah anak beranak sendiri terjamin daripada kelakuan jahat.

Orang Melayu hari ini banyak terpelajar,banyak juga kurang hajar,lebih banyak pula belajar tapi tak faham apa itu sikap kurang hajar.

Akhir sekali orang Melayu akan sembah nafsu sendiri,semua orang buat serba tak kena,dialah yang betul orang lain tak betul,pada hal anak beranak dia pun tak pernah diperbetulkan kerana sibuk dengan orang lain yang tak betul.Akhirnya orang Melayu dilihat oleh kaum lain sebagai kaum yang tak betul.

Beringat-ingatlah jika tidak mahu dilihat sebagai orang yang tak betul,harus perbetulkan anak beranak sendiri dari sibuk dengan orang yang tak betul barulah keluarga akan dilihat sebagai keluarga yang betul dan bukan tergolong dari golongan orang-orang yang tak betul,kerana terlalu sibuk kata orang lain tak betul

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .