Monday, July 11, 2016

Mahathir Ingat Ini Zaman Pak Lah PMkah?

Johari Seman     3:47:00 PM    

Suatu pementasan drama menarik telah dilakukan oleh Mahathir semasa Perhimpunan Agong UMNO tahun 2002. Dia terpaksa berbuat demikian kerana menyedari dirinya sudah tidak begitu popular lagi selepas pilihan raya 1999. Dia mulai sedar betapa lamanya dia menggenggam kuasa UMNO dan kerajaan. Dia mulai sedar akan segunung kesilapan yang telah dilakukan. Maka Mahathir pun berlakonlah di pentas yang ditontoni oleh ribuan para perwakilan dan pemerhati.

Mahathir berjaya menghidupkan wataknya seperti-mana dirancangnya. Dengan penuh sayu dan hiba dia berucap di pentas UMNO. Suaranya tersekat-sekat seperti suara Neng Yatimah pelakon air mata tahun lima puluhan dalam filem Melayu. Begitulah hebatnya pelakon UMNO ini. Barangkali kerana terikutkan kesedihan yang sendiri merencananya, Mahathir terkeluar dari skripnya.

Dia mengatakan, dia mahu berhenti dari memimpin parti dan kerajaan,kononya dia menyedari yang dia sudah terlalu lama memimpin negara . "Dah lama dahhhh...." Mahathir bersuara dalam nada yang sebak dan kesedihan. Perkataan tersebut menjadi popular dan ejekan anak-anak muda.

Maka bertangis-tangisanlah di pentas itu antara Mahathir dengan pendokongnya. Ada yang menerpa ke arahnya hingga tercabut kasut sambil bersuara," No! No!

No! We need you". Ada yang memeluknya dengan rasa sayang. Barangkali kesemuanya turut menjadi pelakon , kerana semuanya ingin berlakon.Mahathir mengikut skripnya, manakala pendokongnya  hanya berlakon secara spontan.

Barangkali menyedari lakonannya terlajak dan terkeluar dari skripnya, maka Mahathir terpaksa kembali berlakon secara spontan. Kononnya kerana terpaksa tunduk kepada desakan ramai dia bersetuju menerusi tugasnya untuk satu jangka waktu yang singkat baginya adalah 16 bulan. Tentulah singkat kalau didingkan dengan 22 tahun pemerintahannya. Kita percayan kalau dia masih yakin boleh memenangi piliha raya tahun 2004 tentunya dia tidak akan berhenti.

Benarlah seperti kata pepatah:terlajak perahu boleh diundu,terlajak kata buruk padahnya.barangkali kerana sayangkan kuasanya yang terlepas itulah dia mengambil masa selama 16 bulan.Dia terpaksa meneliti menilai calon penggantinya.Dia terpaksa berbuat demikian kerana mahu menjaga kepentingan keluarga serta kepentingan penjilat dan pengampunya.

Dia tahu banyak perkasam busuknya terpaksa disorok.Kalau terdedah seribu tahun busuknya.Dia takut terjadi sepertimana dua sahabatnya di Indonesia dan Filipina.Kedua-dua dictator iaitu Suharto dan Marcos tersingkir dengan seribu malu.

Empat bulan sebelum melepaskan jawatannya Mahathir telah menyatakan keyakinannya terhadap Pak Lah.Dia menyatakan di lobi Parlimen,”Saya merasakan dia sangat sesuai untuk mengambil alih.” Mahathir menambah,”Kami telah berkerja bersama untuk satu tempuh masa yang panjang,kami sangat mengenalinya antara satau sama lain.Dan saya tidak mempunyai masalah berkerja dengannya,”

Beliau tidak merasa bimbang akan berlaku perubahan polisi selepas dia bersara dengan berkata, " Kami dari parti yang sama. Dan polisi parti tidak berubah walaupun pemimpinnya bertukar."
Kemudia dia menjelaskan yang segala keputusan kabinet dibuat secara kolektif. Bertolak dari kaedah itu dia merasakan tidak akan berlaku perubahan yang besar oleh penggantinya.

Anehnya, tidak lama selepas itu Mahathir mulai bertukar sikap dan kelakuannya. Dia mulai menampakkan ketidaksenangannya terhadap Pak Lah. Perubahan ini terjadi bilamana Pak Lah menamatkan beberapa projek Mega yang telah difaraidkan kepada penjilat dan pengampunya. Antara projek tersebut ialah Jambatan Bengkok Johor-Singapura dan Landasan Keretapi Berkembar.

Bertolak dari tindakan Pak Lah menghentikan sungai emas yang mengalir ke kantong penjilat dan pengampunya maka Mahathir pun mulalah menembak dengan mulut celuparnya. Untuk memenuhi nafsu serakahnya Mahathir sanggup turun dan hadir dalam apapun majlis. Samada diatur oleh UMNO, parti pembangkang atau NGO. Dia tanpa aib dan malu berterusan menfitnah, memperlekeh, menghina dan mencaci Pak Lah. Seolah-olah dia lupa se-panjang pemerentahannya terlalu banyak dosa dan noda telah dilakukannya.

Pak Lah yang bertunjangkan ulamak tidak menjawab dan memalukan Mahathir.
Kalau selain dari Pak Lah tentulah Mahathir telah mendapat malu. Pak Lah boleh mendedahkan seribu tempayan pekasam busuk Mahathir. Pak Lah boleh menelanjangi seribu pekung bernanah Mahathir. Kalau Pak Lah terbuat demikian tentulah busuknya terhidu dari kota  hingga ke desa. Seluruh ahli-ahli UMNO mengetahuinya. Seluruh rakyat melihatnya.

Barangkali keimanan Pak Lah tidak senipis Mahathir. Kalau tidak tentulah Pak Lah menggunakan segala media menembak Mahathir. Pak Lah mempu segala-galanya. Dia mempunyai segala jenis alat penembak.Dia boleh menyuruh jeneranya seperti Adnan Yaakob,Muhamad Taib,Zahid Hamidi,Ali Rustam, Shabery Chik, Nazri, Zaid Ibrahim, Noh Omar, Ismail Sabri dan Shaziman melepaskan segala jenis peluru kearah Mahathir. Barangkali dia menghormati Mahathir sebagai orang tua yang pernah berjasa kepada parti dan dirinya. Bertolak dari keimanan yang sebenar, Pak Lah tidak memalukan Mahathir.

Mahathir membaca kitab terbalik. Bila Pak mendiamkan diri, dia membuat kesimpulan yang Pak Lah takut dan berasa bersalah. Oleh it uterus menyerang  dan menembak Pak Lah. Dia mengiarapkan Pak Lah mengalah. Mengangkat bendera putih dan sujud kepadanya. Dia mengharapkan kemenangan memihak kepadanya.

 Dengan itu dia dapat menentukan siapa pengganti Pak Lah. Tentulah dia dapat menyediakan; tapak untuk puteranya Mukhriz bersilat di gelang miliknya. Tentulah lebih mudah Mukhriz merampas tanjak dari kepala Hishamuddin Hussein. Atas perhatian itulah dia sentiasa mempastikan suaranya bersambut  suara puteranya. Bermakna kemenangannya adalah kemenangan puteranya. Begitulah besarnya hajat Mahathir.

Serangan Mahathir berterusan tanpa henti dia berusaha untuk menjadi perwakilan bagi bagi Umno Bahagian Kubang Pasu ke Persidangan Agong UMNO di PWTC, Kuala Lumpur. Hajatnya tidak kesampaian.

Dia tewas dalam pemilihan tersebut. Maka seperti cacing kepanasanlah  Mahathir. Malu aibnya sebesar Gunung Jerai. Dia mencari seribu alasan. Dia menuding ke seribu arah. Kelemahan sendiri tidak pernah tersedik di hati nuraninya. Dia bukan orangnya yang mahu melakukan muhassabah diri. Yang sering melakukan muhassabah diri ialah orang yang merasa dirinya kerdil. Begitulah agaknya pegangan bagi orang yang bernama Mahathir. Tentulah dia merasa hebat dan agong kerana dia adalah, "MAHA." MAHA apa ?

Kelincahan Mahathir terganggu seketika bila serangan ringan berlaku ke atas jantungnya pada November 2006. Dia terlantar seketika di IJM. Pak Lah dan seluruh rakyat mendoakan semoga dia selamat.

Hajatnya antuk menyertai Perhimpunan Agong UMNO pada tahun tersebut tidak kesampaian. Kita percaya ramai ahli-ahli UMNO dan rakyat menjangkakan Mahathir akan bersara dari menyerang Pak Lah Mahathir  meginsafi diri dan menghabiskan sisa-sisa usianya dengan membuatt kerja-kerja amal.

Sangkaan ahli-ahli UMNO dan rakyat meleset. Bila kembali sihat dia meneruskan kerja-kerja khianatnya kepada parti UMNO. Barangkali sepanjang terbaring di katil IJN bukan dia menghitung kesalahan dan dosanya kepada parti serta rakyat.

Bukan dia mencari alur dan denai untuk menemukan antara dirinya dengan Pak Lah. Bukan dia memecah bongkah penghalang untuk menemukan titik pertemuan dengan Pak Lah.. Barangkali di benaknya memintal seribu tali khianat. Barangkali di hatinya mengutip seribu dendam. Seribu tali khianat dan dendam mahu dilemparkan ke muka Pak Lah. Begitulah jahatnya bila hati bersalut dengki. MAHA segala-galanya.

Bila Allah Azzawajalla memberi kekuatan kepadanya Mahathir bingkas mencari tapak untuk melemparkan  bom berangkai yang beracun kepada Pak Lah. Sebuah badan NGO yang memihak kepada Mahathir  KMU (Kelab Maya UMNO: iaitu website mykmu. net) di Johor Baru telah menjadi tapak awal Mahathir menyerang Pak Lah. Selepas ini dia berucap pada perjumpaan bertajuk, Cabaran Yang DiHadapi UMNO Menjelang  Visi 2020. Apa pun tajuk, Mahahtir tetap menggayang Pak Lah.

Kemudian pada September 2006, di Kijal, Terangganu dia mendapat peluang melepaskan geramnya Pak Lah. Kemudian untuk menjernihkan keadaan,Pak Lah bersetuju menemui Mahathir. Pertemuan diidamkan oleh ahli-ahli UMNO dan rakyat terjaci.Pak Lah berpegang kepada pepatah: ular menyusur tidak hilang bisanya. Dengan penuh kejujnran dan keimanan Pak Lah menemui Mahathir. Dia membawa bungkusan hasrat ahli-ahli UMNO dan rakyat. laitu kedamaian hkiki. Barangkali buat Mahathir, kedatangan Pak Lah mulai lemah.Pertemuan tersebut boleh dieksploitnya.

Pertemuan Pak Lah dengan Mahathir ini ingatkan kita kepada Peristiwa Daumautuljanda.Pertemuan untuk menamatkan perang Siffin yang mrngorbankan umat Islam. Pak Lah tidak ubah seperti Ab Musa Ashaari. Seorang yang ikhlas.Manakala Mahathir  taidak ubah seperti Amru A1 As. Seorang yang mempunya seribu helah dan licik. Kalau peristiwa tersebut berakhir  dengan penipuan oleh Amru Al As, begitulah juga dengan Mahathir. Abu Musa Ashaari seorang ulamak tertipu kejujurannya inginkan kedamaian. Begitulah Pak Lah seorang yang lurus bersih dipermainkan oleh Mahathir kerana keikhlasanya.

Pertemuan selama dua jam pada oktober 2006 itu memberi ruang buat Mahathir menyerang Pak Lah. Dia menuduh Pak Lah telah menjadikan Malaysia "Police State". Juga menuduh Pak Lah terlibat dalam korupsi, program minyak untuk makanan" buat Iraq, di PBB. Dia menuduh Pak Lah menyekatnya dari memberi pendapat. Disamping itu mengatakan polis menekan ahli-ahli UMNO yang ingin menjemputnya.

"Kebiasaan meminta polis menakutkan rakyat perlu dihentikan. Saya menganggap negara ini adalah " Police State". Juga merasakan hak individu saya dirampas," Mahathir bersuara lantang.
Pada bulan tersebut Mahathir mendapat tempat dalam majalah Time, edisi Asia. Dia membariskan segala tuduhan terhadap Pak Lah. Hingga dia mengatakan," Dia (Pak Lah) menjadikan UMNO sebagai partinya. Siapa pun tidak boleh menyatakan sesuattu tanpa kebenarannya."

Barangkali kerana bosan dan malu dengan peiangai Mahathir itulah, maka Sultan lohor menamakan Mahathir sebagai "Orang Pencen". Juga menggesa supaya Mahathir menutup mulut dari menyerang kerajaan dan Pak Lah. Kemudian Hishamuddin Hussein sebagai Ketua Pemuda UMNO menyuarakan yang ahli parti dan rakyat merasa bosan serta menyampah dengan Serangan tanpa kesudahan. Malah terdapat suara-suara ahli-ahli UMNO menggesa Pak Lah memecat Mahathir sebagai Penasihat PETRONAS.

Mahathir terus melabelkan apa saja terhadap Pak Lah dan kabinetnya. Dia menuduh kabinmet Pak Lah adalah "half past six". Semuanya "Yesman" dan "Yes Sir Semuanya penakut. Pendeknya semua tugas pembangkang diambil alih oleh Mahathir. Mat Sabu tukang sabor tidak payah berkerja kuat.

"Maha Firaun", jenama MatSabu telah berkerja keras merosakkan parti, kerajaan dan Perdana Menteri. Mahfuz Omar tidak perlu "bercawat ekor" menyalak menghentam UMNO dan BN. Tugasruya telah diipajakkan kepa  Che Det tanpa merasa rugi. Maka Che Det pun menyalaklah seperti anjing bercawat ekor.

Anjing bercawat ekor pun akan terjelir dan berhenti, Tapi Che Det boleh bertukar menjadi serigala yan bila kesumatnya tidak tercapai. Menyalak terlololonglah Che Det untuk meruntuhkan kredibiliti Pak Lah dan kerajaan. Kalau serigala boleh menyalak hingga ke pagi. Bagitulah Che Det, dia terus menyalak siang dan malam sehingga waktu kempen pilihan raya.

Bila keputusan Pilihan Raya Umum (PRU menunjukan prestasi BN merosot, maka Mahathir terus mengasah pisau jahatnya. Serangan terhadap Pak Lah  semakin pedas dan berbisa. Pada 9hb Mac, Utusan Malaysia menyiarkan; "Beliau patut memikul tanggunjawab dalam soal ini, seperti kemenangan besar-besaran 2004 yang dilapurkan disebabkan kewibawaan beliau 100 peratus dan itulah yang dikatakan oleh Setia Agung UMNO pada ketika itu.

“Tapi sekarang beliau juga patut memikul tanggungjawab itu 100%.Beliau telah memusnahkan UMNO,beliau telah memusnahkan BN dan beliau patut bertanggungjawab bagi kekalahan teruk ini.Saya fikir orang jepun boleh akan melakukan hara-kiri Tapi saya rasa orang Melayu tidak sampai ke tahab itu lagi.Saya fikir beliau patut menimbangkan untuk mengundurkan diri,’’

Begitulah usaha Mahathir tanpa garis penamat.Apa sahaja peluang digunakan untuk memukul Pak Lah.
Cara dia meluahkan kenyataannya itu menampakan dia sentiasa berdendam dengan Pak Lah. Jelas dia tidak senang dengan kemenangan besar Pak Lah. Baginya kemenangan besar Pak Lah pada PRU ke 11, 2004 sebagai tamparan ke mukanya yang tidak pernah malu. Kejayaan BN menguasai 92 peratus kerusi Parlimen merupakan kejayaan paling cemerlang sepanjang pilihan raya negara ini.

Kalau Mahathir sayangkan parti UMNO tentulah dia turut bergembira. Tentulah dia sentiasa merapatkan kalau terdapat perselisihan dikalangan kepimpinan UMNO. Kalau terdapat ketirisan pada UMNO tentulah dia menampalnya bersama anggota dan kepimpinan parti. Bukan bertindak merobek hancurkan di tempat yang tiris. Bukan bertindak melagakan pemimpin yang terdapat perbezaan.

Kita harapkan Mahathir mengambil iktibar dari kisah Pak Pandir. Suatu watak yang dungu, lurus dan tolol di dalam cerita penglipur lara. Bila anaknya meninggal dunia, Pak Pandir dengan Mak Andih pun bungkuslah mayat anak mereka dengan tikar mengkuang.Mereka merasa sangat sedih. Lalu menuju ke kubur. Mak Andih berjalan di depan. Pak Pandir memikul anaknya di belakang.

Di tengah perjalanan, mayat anak Pak Pandir jatuh dari tikar. Pak Pandir tidak menyedarinya. Sampai di kubur dia meletakkan bungkusan tikarnya. Kubur digali. Bila siap, dimasukkannya bungkusan tikar tadi ke dalam kubur. Dikambus. Kemudian berjalan pulang. Di pertengahan perjalanan, mereka ternampak mayat anak mereka yang disangkakan anak orang lain. Lalu berkatalah Pak Pandir, "tengok, Mak Andih; bukan anak kita saja yang mati. Anak orang pun mati juga." Maka Pak Pandir dan Mak Andih tidaklah merasa sedih lagi.

Semoga Mahathir tidak mengambil watak dungu Pandir. Dia merasa gundah bila dirinya tersembam kerana perbuatannya. Mahathir merasa aib bila terbongkar tempayan pekasam busuknya. Dia merasa terhina bila seribu topeng khianatnya terkoyak. Dia merasa malu bila watak jahatnya terdedah. Jangan pula dia merasa hati seperti Pak Pandir bila teringatkan dua sahabat diktatornya iaitu Suharto dan Marcos lebih awal tersembam aib.
Jangan pula di suatu pagi Che Det terbangun tidur dan berbisik ke dirinya, "bukan aku aje yang dibicarakan. Suharto pun telah dibicarakan. Dia pun dipersalahkan oleh mahkamah. Marcos lebih teruk dia terbuang dan merempat ke negara orang. Aku masih lagi disini.Kalau salah aku ke penjara. Bukan aku aje, " Biarl Pandir yang dungu. Dungu Pak Padir tiada siapa malu. Jangan Che Det!. Nanti dua puluh lima juta Malaysia terasa malu. Kami tidak bertopeng.

Memang Mahathir memakai seribu topeng. Mahathir seribu wajah. Memang Mahathir mempunyai seribu watak. Seribu topengnya untuk mengabui ahli-ahli UMNO dan rakyat. Seribu wajahnya untuk mengkhianati UMNO dan negara. Seribu wataknya untuk menikam Pak Lah bersama kabinet.


Pak Lah bertunjangkan ulamak. Mahathir bertujangkan...?

*Perangai Mahathir zaman PM Pak Lah terbawa-bawa sehingga PM Najib sebab keduanya tidak boleh hidu perkasam yang ada dalam tempayan  faraid Mahathir.

2 comments :

  1. malas aku nak baca tulisan bodoh ni.........Apa Najib ingat ni Uganda ke.........

    ReplyDelete

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .