Thursday, July 14, 2016

Politik DAP Sentiasa Cari Balah

Johari Seman     1:00:00 PM    

Politik DAP sentiasa bersifat konfrontasi apabila pemimpin parti itu sering mengambil tindakan tanpa bertanya serta memikirkan akibatnya.

Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan, menerusi laman Twitter, berkata pemimpin DAP seharusnya lebih bijak dan tidak menggunakan taktik lama dengan menghasut, provokasi, kean orang lain.

"Menghentam keras adalah perkara biasa dalam politik. Namun, ia tidak seharusnya menjejaskan keharmonian kaum serta agama di negara ini.


"Daripada video yang mengandungi unsur sindiran kepada ucapan selamat hari raya yang melampau, barisan pemimpin DAP baharu seolah-olah tidak dapat lari daripada pengaruh LKS-isme (merujuk kepada Lim Kit Slang)," katanya yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, menerusi la- man Twitter beliau, @mpkotabe- lud, semalam.

Beliau mengulas mengenai tindakan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming, mempersendakan amalan pemberian duit raya sebagai dedak dan ucapan selamat hari raya berunsur provokasi dalam laman sosial, baru-baru ini.

Tambahnya lagi, pemimpin baharu DAP tidak tahu membezakan antara tindakan memecah-belahkan masyarakat dan meraih sokongan politik.

"Tidak bolehkah pemimpin DAP menyuarakan pendapat tanpa perlu menakut-nakutkan rakyat? Sudah tentu boleh. Persoalannya, kenapa tidak?" katanya.

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .