Tuesday, July 12, 2016

Tak Paksa Derma Kepada Guang Eng

Johari Seman     12:52:00 PM    

KUALA LUMPUR - DAP menepis dakwaan parti itu membebankan orang ramai dengan membuat kutipan derma daripada orang awam untuk membayar kos ikat jamin sebanyak RM1 juta berhubung kes mahkamah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata, parti itu tidak memaksa orang ramai untuk menderma sebaliknya DAP sekadar menyediakan platform dan pelan untuk melawan BN.

“Kesemua dana yang disalurkan orang ramai itu bukannya untuk kegunaan Lim Guan Eng keseluruhannya tapi demi meneruskan kelangsungan survival parti.

“Saya tak fikir kebimbangan salah guna wang kutipan derma itu datangnya daripada penderma DAP. Jika mereka curiga pastinya tidak akan menderma,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat DAP, hari ini.

Pengerusi DAP Selangor itu menegaskan, akaun kewangan parti itu dibentangkan secara tahunan dan terbuka kepada ahli DAP untuk membangkitkan persoalan jika wujud keraguan.

-Sinar Harian

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .