Sunday, July 10, 2016

Tujuh Parti Sertai Pembangkang Baharu Tentang BN dan Pakatan Harapan

Johari Seman     4:39:00 PM    

BERTUJUAN memberi saingan sengit kepada Barsan Nasional sebuah pakatan pembangkang baharu dikenali sebagai Gabungan Rakyat Saksama (Saksama) dilaporkan akan dilancarkan dalam tempoh dua bulan lagi.

Saksama merupakan gabungan tujuh parti itu sedang ditubuhkan setelah pakatan pembangkang terdiri daripada beberapa parti termasuk DAP tidak mampu memberi saingan kepada Barisan Nasional secara keseluruhan.

Saksama disertai
Parti STAR
Parti Sejahtera Angkatan Perpaduan Sabah (SAPU)
Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah (Perpaduan)
Parti Rakyat Bersatu Malaysia (MUPP)
Parti Kebangsaan Sabah (PKS)
Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS)
Parti Alternatif Rakyat dari semenanjung.

Presiden Parti Reformasi Negeri Sarawak (STAR), Lina Soo dilaporkan berkata,penubuhan pakatan pembangkang baharu kerana Pakatan Rakyat tidak mampu memberi saingan kepada Barisan Nasional dan berada dalam keadaan berpecah belah dan tidak sehaluan lagi.

Tujuh parti politik itu dijangkakan mampu lebih aggressive setelah bergabung atas nama Saksama malah dijangkakan mampu mengurangkan populariti blok pembangkang lain seperti DAP,PKR,PAN,PAS terutamanya di Sabah dan Sarawak.

Tujuh parti dari Sabah,Sarawak dan semenanjung Malaysia itu menyertai gabungan baharu(Saksama) bukan sahaja bertujuan memberi saingan kepada Barisan Nasional malah dijangka boleh memporak peranda blok pembangkang gabungan PAS dan Ikatan dan blok pembangkang yang disertai DAP,PKR,PAN.

Jika diluluskan Pendaftar Pertubuhan (ROS),bermakna tujuh parti itu akan bertanding diatas tiket Saksama berbanding blok pembangkang lain yang bertanding diatas tiket parti masing-masing.

Philip Among dijangka dipilih sebagai presiden Saksama pertama kerana beliau yang memulakan gerakan penubuhan blok pembangkang baharu yang masih menunggu kelulusan ROS.

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .