Saturday, August 6, 2016

Perlu 1 DUN UMNO Lompat Parti Untuk Adakan PRN Terengganu

Johari Seman     4:02:00 AM    

Dengan kedudukan Umno 17 kerusi DUN, PAS (14) dan PKR (satu) jika Pilihan raya negeri Terengganu Umno diyakini tumbang secara mudah kepada Pas.

Kemantangan politik rakyat Terengganu tidak sukar diduga kebanyakan pemerhati politik tanah air.kerana rakyat Terengganu tidak suka melihat pemimpin mereka berbalah sesama sendiri sama ada dari pas atau Umno,cara untuk menyelesaikannya, mereka akan tukar kerajaan jika pilihan raya negeri atau pilihan raya umum diadakan.

Hal ini akan terbukti jika 1orang wakil rakyat Umno mengisytihar menjadi  PAS atau menyertai PKR,dengan cara itu kedudukan kerusi DUN Terengganu menjadi 16/16 dan PRN terpaksa diadakan bagi menentukan parti mana dipilih rakyat untuk membentuk kerajaan ngeri.

Namun begitu,Umno Terengganu dilihat sungguh bernasib baik kerana Pas kini dilihat berlembut dengan Umno sejak Datuk Seri Najib di pilih dan dilantik sebagai Perdana Menteri.

Dengan sebab itu tiada kedengaran Pas mencabar mana-mana wakil rakyat DUN dari Umno agar isytihar menyertai PAS atau PKR supaya PRN dapat diadakan.
Umno bernasib baik kerana Pas dilihat telah berlembut ,kalau tidak pasti ada desakan terbuka.

Untuk menukar kerajaan Terangganu kepada Pas secara mudah tanpa adakan PRN,hanya perlu 2 orang wakil rakyat (DUN) dari Umno keluar menyertai Pas atau PKR,namun amat mustahil boleh berlaku berikutan tiada ura-ura 2 wakil rakyat Umno akan lompat parti.Namun tidak juga mustahil ia boleh berlaku.

PAS perlu buat cabaran secara jantan jika benar parti itu mahu memerintah Terengganu,jika hanya cakap acuh tak acuh PAS juga bukan ada kejantanan.

Cabar sahaja Ghazali dan Mat Said keluar menyertai bebas jika tidak mahu menyertai PAS supaya kerajaan negeri di terajui PAS,kalau takut tak guna Mat Said dan Ghazali berkokok seperti ayam jantan yang penuh dengan tahi di ekornya.






0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .