Tuesday, September 6, 2016

Khalid Samad Senyum DUN dan Parlimen Shah Alam Selamat

Johari Seman     11:47:00 PM    

Kerusi yang dimiliki parti pembangkang di Shah Alam masih selamat menurut kaji selidik yang dibuat secara rahsia oleh sepasukan penyelidik terdiri dari pelajar sebuah pusat pengajian tinggi di Selangor.

Ketika salah seorang dari mereka menceritakan daripada 2,500 responden yang ditemui 1,600 masih menyokong penuh ketiga-ketiga wakil rakyat Shah Alam sekarang.

Manakala 45% bakinya menyokong UMNO-BN dan 55% lagi mengambil sikap berkecuali atau lebih kepada tunggu dan lihat sebelum sampai masa untuk memberi undi kepada mana-mana calon yang dirasai patut disokong.

Walau bagaimanapun Selangor Post tidak diberitahu secara teperinci mengenai peratusan kaum yang memenerima dan menolak  UMNO-BN begitu juga dengan peratusan mengikut kaum yang menerima dan menolak parti pembangkang.

Alasan yang diberi kepada Selangor Post semuanya atas dasar kerahsian kumpulan pengkaji itu sendiri kerana arahan pihak atasan.

Sokongan masyarakat Shah Alam terhadap parti pembangkang berpaksikan dasar yang dibawa kerajaan negeri Selangor kini lebih saksama berbanding Selangor semasa di perintah Barisan Nasional.

Keterampilan wakil rakyat Shah Alam juga menjadi tarikan masyarakat berbilang kaum di Shah Alam,

Wakil rakyat Shah Alam lebih bersahaja dan mesra malah ada daya tarikan sendiri yang membuatkan penggundi Shah Alam dijangka terus menggekalkan wakil rakyat mereka pada PRU14 nanti.

Berkaitan pemimpin UMNO tempatan menurut pasukan penyelidik kebanyakan responden memberi respon kurang menarik terutamanya dari kaum Melayu.

-Selangor Post 6/9/2016
Mariana Nasir

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .