Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dijangka akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam waktu terdekat ini.
Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau menyambut baik kesediaan Pas untuk membentuk kerjasama dengan parti itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.
"Dengan perkembangan terbaharu ini saya juga yakin bahawa harapan untuk menyelamatkan Malaysia serta menawarkan masa depan Malaysia yang lebih baik juga semakin cerah.
"Saya berdoa semoga perjanjian PPBM-Pas akan dapat dimeterai oleh saya dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Presiden Pas) dalam tempoh beberapa hari akan datang," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam satu pertemuan telah berlaku antara Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir untuk memperhalusi hala tuju kerjasama antara kedua-dua parti.
Justeru kata Muhyiddin lagi amat penting wujudnya persefahaman antara PPBM, Pas dan parti-parti sekutu yang mempunyai aspirasi yang sama.
"Kerjasama ini akan merintis jalan ke arah pembentukan muafakat politik yang lebih kukuh antara parti-parti pembangkang untuk menghadapi Barisan Nasional secara satu lawan satu dalam PRU-14.
"InsyaAllah, jika diberikan mandat oleh rakyat, akan membentuk sebuah kerajaan baharu yang berintegriti selepas pilihanraya.
"PPBM sebelum ini telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Pakatan Harapan dan kerjasama ini akan diteruskan.
"Persefahaman yang dicapai dengan Pas ini akan melengkapkan usaha ke arah mewujudkan muafakat politik antara parti-parti pembangkang dan InsyaAllah akan memperkukuhkan lagi kedudukan parti-parti pembangkang menjelang PRU-14," ujarnya.
Namun dalam perkembangan sama hari ini Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mahfodz Mohamed pula berkata, Pas hanya akan bekerjasama dengan PPBM sekiranya parti itu sanggup melupakan DAP dan Amanah. Pas katanya lagi, tidak kisah menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti seperti PKR dan PPBM tetapi tidak sesekali berganding bahu di atas pentas politik yang sama dengan DAP dan Amanah.-Malaysia Dateline
Thursday, February 2, 2017
PAS dan PPBM Akan Tandatangan Kerjasama Parti
Johari Seman
3:07:00 PM
POPULAR POST
-
DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN Latarbelakang Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran di kalangan pemimpin dan rakyat ...
-
BERCINTA dalam usia terlalu muda akan mengundang pelbagai musibah terutama kepada mereka yang taksub sehingga hilang komitmen terhadap p...
-
Jenayah rogol dan penderaan seksual semakin serius di negara ini. Menurut Biro Rekod Jenayah Kebangsaan(NCRB), jenayah seksual terhadap...
-
Gambar Hiasan KUALA LUMPUR: Jumlah keseluruhan nilai barangan dirampas di kediaman berkaitan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Raz...
-
Hakim putuskan polis silap, perintah serah semula kapal layar mewah kepada pemilik Ratmoho membaca keputusan penghakiman di Mahkamah Dae...
-
Semalam, tersebarnya aduan seorang pegawai Angkatan Tentera Malaysia yang tidak berpuas hati dengan arahan pegawai kanan ATM yang didakwa ...
-
DASAR EKONOMI NEGARA Sebelum 1970, polisi pembangunan Malaysia disasarkan terutamanya untuk menggalakkan perkembangan dengan penekanan yang...
-
NEGARA JIRAN-Seorang pelajar sekolah pondok berusia 15 tahun di rogol bergilir-gilir selama tiga hari di sebua rumah usang disebuah k...
-
TANAH MERAH - Kerja pembersihan tangki kumbahan Masjid Ismail Petra, di sini, yang tersumbat dikejutkan dengan penemuan beberapa barang bu...
-
Pendapatan RM4,296,99 sen sepatutnya bayaran PTPTN tidak tertangguh sebagaiman yang terjadi kepada seorang hamba Allah yang sedang viral ...

0 comments :
AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,