Wednesday, March 7, 2018

Air Selangor dan Kapal Mewah "Jho Low" Siapa Kena Bodoh

Musang Maya (Nur Shila)     5:48:00 PM    

Alahai,-Orang-orang UMNO terutamanya Cyber Trooper PRO BN heboh dengan masalah air di Selanngor macamlah zaman UMNO BN memerintah tidak pernah terjadi pekara sama, okey jugalah kalu dikira, kerana isu air Selangor dapat tenggelamkan isu kapal mewah yang dikatakan milik Jho Low.

Apa pun isu air bukanya satu persepsi politik, namun menjadi peluru pro UMNO tibai Azmin Aiskrim dan dengan cara tak langsung persepsi kapal Jho Low pun hilang begitu sahaja.

Nak cerita sikit kepada angkatan bonggok pembangkang, kapal mewah yang dikatakan milik Jho Low itu sebenarnya tiada kaitan dengan UMNO-BN, kau orang sahaja bagi simpati kepada UMNO-BN dekat-dekat pilihan raya ni.

1MDB dah banyak kali dah bagi tahu, wang atau harta bernilai tidak pernah hilang atau dirembat oleh mana-mana pihak,, kau orang percaya DOJ lebih daripada percaya orang Islam...DOJ sampai ke hari ini pun tak dakwa di mahkamah , sebabnya harta yang dirampas kononnya ada kaitan dengan 1MDB tiada kena mengena dengan 1MDB. Kalau betul seperti didakwa dah lama DOJ dakwa di mahkamah, sebab apa DOJ tak dakwa, sebabnya bukan hak milik 1MDB, Kalau hak milik 1MDB DOJ rampas dengan 1MDB bukanya rampas daripada Jho Low.

Apa yang berlaku hari ini bukanya masalah UMNO-BN atau Najib serta 1MDB. yang berlaku hari ini adalah antara Jho Low dan DOJ..tak heran dengan angkatan pembangkang pun yang suka percaya benda karut-marut, sebab yang betul panjat cina doll depa tak percaya.

Isu air Selangor sentiasa berlaku sejak zaman BN lagi, kekadang paip air pecah , kekadang sebab kemarau, jadi orang UMNO tak usah nak kembang dada mengambil kesempatan kerana rakyat yang ada di Selangor masih sihat untuk berfikir.






0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .