Tuesday, April 17, 2018

Siapa MB Selangor Jika BN Menang PRU-14?

Musang Maya (Nur Shila)     8:41:00 PM    

Alamak!.. belum menang dah ada yang sibuk-sibuk bertanya siapa dari BN bakal MB Selangor?

Setakat ini UMNO Selangor tiada tokoh dapat bersaing dengan minda auta MB sekarang, Azmin Ali.

Noh Omar sungguhpun dia adalah perhubungan Umno Negeri/ Pengerusi BN Negeri belum lagi dengar gema beliau layak untuk calon MB jika BN dapat tawan Selangor dalam persaingan sengit pada ibu segala pilihan raya PRU-14 yang ditunggu-tunggu rakyat keputusannya.

Melalui persepsi dikalangan Umno Noh orang tak suka, jadi siapa yang layak?.

Sekiranya dicalonkan untuk kerusi Dun dan menang dalam ibu segala pilihan raya ini dan ditakdirkan kerajaan Selangor roboh di 'serang' tentera BN, orang yang dikatakan berwibawa merupakan graduan Universiti Harvard, Isham Jalil.

Hingga kini tiada siapa tahu, adakah Isham Jalil yang juga Pegawai Khas Perdana Menteri akan dicalonkan untuk kerusi Dun di Selangor.

Ada cakap-cakap beliau mungkin di calonkan di DUN tempat Datuk Muhammad Bushro Mat Johor kalah pada PRU-13 lalu.

Setakat itu sahajalah cerita yang dapat dilontarkan disini....

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .